Tuesday, July 26, 2011

Diary of an enterpreneur

Aku dah masuk ke bidang baru

Sebelum ni aku telah fokus kepada bidang perkahwinan. Sehingga lahirnya sebuah kedai milik aku (milik bank lagi sbb aku buat pinjaman kat CimPeng = CIMBANK). Satu bulan bayar dalam pat ratus lebih hampir lima rat. Tak masuk maintenance sekitar satu rat seteng. Api air dalam satu rat ke dua rat.

Bermula Jan 2011, aku dapat pekerja. Adik ipar aku sendiri. Satu bulan aku kena bayar gaji dia satu riban utk tlg aku kemas kedai. Aku beri tumpuan kepada pengurusan syarikat, pemasaran, pengiklanan dan lain2 yg berkaitan.

Bermula Julai 2011, aku gatai2 gi daftar uptown dan dapat lot kedai saiz besar dan perlu keluar duit satu riban sewa bulanan.

Kos perbelanjaan permulaan uptown:
1. Deposit = 3K
2. Lantai marmar = 950
3. Dinding = 565+565
4. Lampu = 250
5. Signboard = 300++
6. Roller Shutter = 1200++

Sengkek aku dibuatnya.
Aku berpajak gadai barang kemas dan gold bar.
Selepas jual balik gold bar, dapat la bayar duit abah 4K. Selepas congak2, rupanya aku pegang duit abah sekitar 9K. huhuhuhuhu.... banyak tuuuu.... nak kena standby 5K ni senyap2. Taknak abah tau yg aku tak mampu bayar balik duit dia.

Nak ke GZ dan SZ ni aku kena pajak lagi barang aku... uhuhuhuhu... sedeih nye.... apalah yg tinggal kat aku nih.. akaun bank aku semua dah nyawa2 ikan. rasa sedeih... aku ngadu padaNya.... sedeihhh... puas ku memikir, apa patut aku buat. saat kegemilangan lakiku hanya bulan julai ni. lepas pak arab balik negara mereka, bulan posa lakiku sangap laa.... sbb tu kami ke gz bulan posa.

Di antara hikmah yg aku dapat dari pengalaman ini.
1. Aku bersyukur lakiku tak bagi aku g trip Europe tu.. kalau tak, mati la nak membayar hutang piutang... silap haribulan, kedai kena jual balik
2. Aku bersyukur terpaksa belajar amik pekerja. Meskipun pekerja tak buat apa sekadar kemas kedai dan tolong2 susun barang je. At least, kurang sket tenaga aku nak ke sana ke mari. Sekarang aku dah tugaskan dia ke pejabat pos hantar barang. So, selamat la aku boleh buat keje di rumah.
3. Aku bersyukur ditakdirkan aku sengkek dan sangap dan pada masa yg sama abah mintak duit dia. Sebabnya kalau tak ditakdirkan sebegitu, mesti aku ingat aku banyak duit dan joli katak beli barang kedai banyak2. Alhamdulillah sangat2 dengan adanya pekerja dan uptown, aku terpaksa susun akaun sewa rumah dan aku boleh trace serba sedikit berapa byk duit abah dalam simpanan aku. Kalau tak, manjang aku TAKDE MASA nak buat.
4. Aku bersyukur di saat kesempitan ini, aku stop makan makanan mengarut2. Aku stop makan Sushi King, aku stop makan Umaiya, aku stop mkn Domino, aku stop makan Pizza Hut dan memacam lagi la... huhuhuhuhu..semua favourite aku
5. Aku bersyukur di saat aku sengkek ni akhirnya lakiku pulangkan duit yg dia pinjam untuk dia daftar stokis. So duit tu aku bayar duit abah.
6. Aku bersyukur di saat job kurang waktu2 gini, aku dapat update macam2 gambar lama yg ada dalam stor aku. So dapatlah buat promosi sket. Alhamdulillah dapat lak job emergency.
7. Aku bersyukur dapat sewa kedai di uptown sbb aku dapat kenal2 dengan manusia lain. Kalau tak, aku byk kawan dengan facebook, blog, email je. Staff aku pun seronok dapat bercakap dengan manusia iaitu jiran2 di uptown. Dari pengalaman di uptown ni aku kenal banyak cabang niaga, perangai manusia yg memegang tampuk pemerintahan, perangai manusia yg menjadi peniaga kecil. Pelbagai cerita suka dan duka di kongsi bersama. Dari sini aku semakin dapat menambah ilmu tentang keusahawanan.

Impian aku:
1. Nak buka resort atau hotel
2. Nak buat butik lengkap dengan spa dan dandanan rambut

Apa aku nak buat dengan kedai aku yg dah hampir kosong nih?
- masih dalam pemikiran ku
- aku dah iklankan utk disewa, tapi masing2 tak berani sbb aku letak sewa tiga riban.. sedangkan kat area aku ni, kedai 1 per empat dari saiz kedai aku disewakan sebanyak 2 riban. kalau kedai aku standard dah 5-6 riban sepatutnya
- aku dah iklankan utk sewa jadi bilik seminar, tapi disebabkan aku tak susun elok2, ada customer minta nak tgk gambar aku tak bagi lagi.. entah bila.. aku masih sayang kat kedai ni nak kongsi2 ni macam ada sikit kedekut la pulak

Friday, July 8, 2011

I'm Stuck

Life has been very hectic these past few months.
I'm short of money.

Baru tadi dapat call dari abah mintak duit. Ye aku tau aku dah pakai duit abah tu. Dan aku mmg plan nak pulangkan. I don't have any intention utk guna tapi disebabkan abah dah gunakan akaun aku, duit tu masuk ke akaun aku. Ter guna la jugak kan.

Mana nak cekau pat ribu ni. Uwaaarggghhh.... baru je setelkan duit Pina pat ribu gak.
Aku jadi macam ni sbb gara-gara buka kedai kat uptown. Bayar seribu sebulan. Deposit je dah tiga ribu. Renovate je dah cecah lima ribu. Mujur cik abe tu skang ni tengah masyuk sikit. Satu hari income dia dalam dua rat ke seribu. Aku bukan takde duit. Masalah nye, duit aku masuk perlahan-lahan. Dan masalahnya, abah nak duit esok lusa.

Apa yg aku rancang sekarang, duit sewa rumah abah tu aku nak masuk ke akaun lain. Menyusahkan aku betul. Dah bercampur dgn duit aku. Abah dok ingat duit dia banyak sangat. Bila aku cakap duit dia sikit, dia tak percaya. Dok ingat aku tipu lagi. Tak boleh jadi macam ni.
Dah le aku yg kena susah payah collect duit sewa tu dgn gaduh2 lagi dgn penyewa. Tak berbaloi betul. Dah le aku sibuk gile buat keje sampai sakit2.

Aku ni pun satu. Baru je buat keje sikit, mula la sakit tangan la sakit badan la migrain la. Macamana aku nak survive kalau camni.

Dah le aku perlukan seploh ribu utk beli barang bulan lapan ni kat gz dan sz. Kalau takde barang, cemana nak meniaga kat uptown. huhuhuhuhuhu

Inilah nasih peniaga kecil. Inilah nasib anak sulung. Walaupun aku pompan, aku pegang tanggungjawab besar nak bagi makan mak bapak aku. Adik-adik? hurmmm.... asal lepas perut sendiri cukup la. Diorang ni bukan berduit pun.

Kadang2 aku terpikir, kenapa la nasib aku macam ni. Dibelenggu dgn masalah kewangan dari zaman aku lahir sampai aku dah tua bangka ni. Aku dari kecik dah disuntik kata2 ibu bapa aku, "Along, ko sebagai anak sulung, ko kena bertanggungjawab jaga keluarga"

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

i am sooooooooo sad

tak boleh ke aku hidup senang lenang kaya raya macam orang lain?

Thursday, July 7, 2011

Today is My 1st Day

I lost my blog. I used to share my life in my friendster.
Since it's gone, I lost my heart and my soul.

:(