Monday, April 14, 2014

14 April 2014

Assalamualaikum

It has been a year since I visit this blog.
Life has been very hectic due to my busy schedule.
Busy la sangat... banyak layan citer Korea je pun...

Tak de feel nak blogging guna blogspot ni. Jauh berbeza feel dengan Friendster. Mood tak mari dowh....

Tahun 2013 aku tinggalkan dengan hutang yang bertimbun-timbun. Tapi Alhamdulillah pada bulan April 2014, aku berjaya melunaskan semua hutang. Aku berjaya clearkan Card Credit dari terpaksa menanggung Riba. Aku juga berjaya kembalikan duit abah hampir 20K. fuhhh.... Siap bagi duit dia pergi Umrah dengan Kroll lagi. Tak banyak sebab abah minta RM1500 je. Kemudian abah minta lagi RM2000 untuk bagi Kroll pergi umrah dengan ibu hujung 2014 ni.

Syukur Alhamdulillah.... 2013, aku banyak menimba ilmu. Aku berpeluang menambah portfolio kehidupan aku dengan belajar tentang bagaimana memiliki saham. Bagi ZERO Knowledge macam aku ni, merasa lah beli saham mahal dan saham murah. Merasa la 2 kali dapat dividen daripada syarikat yang aku labur tu. Tu semua tak sampai 6 bulan aku pegang saham dah dapat dividen. Tak banyak tapi sesuatu yang sangat impressive bagi aku sebagai Beginner.

Kenangan mengusik jiwa:
Aku dan suami ke Johor semata-mata ingin menimba ilmu tentang saham. Kami gerak sekitar jam 4 pagi dan bersahur di RnR Seremban sekitar jam 5pagi bersama seekor anjing tua yang kelaparan. Selesai menunaikan solat Subuh kami terus gerak ke Johor. Sampai ke Johor sekitar 9:10 pagi. Mujur kelas belum bermula sebab ramai yang hadir lambat. Alhamdulillah, ilmu yang banyak membantu kami.

Tahun 2014:
Aku dikejutkan dengan berhentinya adik ipar aku dari menjadi pekerjaku. Syukur kupanjatkan kepada Ilahi di atas berita ini. Pada mulanya nampak macam sukar, tapi hakikatnya aku lebih berjaya memperbaiki aliran kewangan syarikat. Kedai ku tampak makin kemas dan tersusun. Meskipun agak lambat aku buat kerja, tetapi dengan sistem yang aku ada, semua itu sangat memudahkan aku. Aku fikir utk tempoh 1 tahun ini aku masih bisa bekerja sendiri sambil berjalan ke sana ke mari. Namun begitu, aku tetap memanggil orang baru untuk ditemuduga. Masih belum berjaya mendapat idaman hati.

Aku juga mengorak langkah menambah portfolio dalam bidang Emas Perak. Nampaknya ia sesuatu yang sangat berhasil. Syukur Alhamdulillah. Kini aku semakin faham mengapa kita perlu menyimpan Emas dan perak. Buku ASB dan ASW2020 telahpun aku kosongkan. Semuanya ku tukar menjadi Emas dan Perak. Foreign Currency di dalam tangan dengan segera kujadikan Emas dan Perak. Dulu, aku sangkakan akulah yang paling kaya jika menyimpan Foreign Currency. Rupanya Silap Besar!!!!

Duit Raya:
Bermula tahun ini, duit raya tidak lagi kuberikan. Aku hadiahkan Perak kepada anak buah aku yang dua orang tu. Ini adalah kerana, setiap tahun aku bagi duit raya sorang RM100, duit tu habis buat beli jajan. Hari-hari budak-budak tu makan keropokkkkkk ajer. Tensi aku. Nanti kalau dah besar, nak masuk universiti, siapa nak bayar? Mesti cari aku kan? Dah mak bapak diorang ni tak de ilmu tentang pengurusan kewangan. Duit ada tapi habis dibelanja. So, untuk elakkan daripada mereka minta kat aku bila besar kelak, maka aku didik mereka dengan cara begitu. Adik aku tu pun, gaji dia aku bagi dalam bentuk Emas dan Perak. Tidak lagi kuberikan gaji guna duit kertas sepenuhnya. Kalau dapat gaji dari aku, manjang beli macam-macam. Bukan sikit aku bagi. Satu hari gaji cecah ribuan. Bila tiba masa, manjang kata takde duit.

Mak bapak aku je aku bagi duit. Sebab tak kan la aku nak bagi Emas Perak pula kan? Macamana pula mereka nak ke sana ke mari berjual beli. Birthday adik-adik aku dengan kawan baik aku pun aku rancang nak hadiahkan Emas dan Perak je.

Amacam?

Kalau tak, kenapa aku banyak terima order dari luar negara?
Kalau tak, kenapa pergi Indon tak leh dapat apa2 lagi dah macam dulu? Orang Indon banyak beli barang kat Malaysia dowhhh.... murah di Malaysia kata mereka padaku....

Ekonomi negara makin meleset teruk. Kes MH370, Kes penculikan warga China di kepulauan Sabah. Semua tu ada tanda-tanda bagi mereka yang faham sahaja.