Aku ingin sekali mengembangkan sayap perniagaanku.
Kedai sudahpun aku sewakan dengan kadar sewa rm1800 sebulan. Tak banyak tapi ia mampu memberikan pulangan bulanan serba sedikit serta mampu membuka peluang untuk aku membuka langkah seterusnya.
April dan Mei 2012 banyak membawa perubahan kewangan yg serba mendadak. Kami dalam proses pertukaran yg sangat menyesakkan. Hutang-hutang mula dibayar oleh para penghutang, hutang-hutang juga hampir selesai dibayar kepada pemiutang. Kiranya kami mempunyai lebihan cairan untuk meneroka ke langkah seterusnya.
Syukur Alhamdulillah.
Dalam kesesakan-keributan-kesibukan, kepala dan minda tak putus mencari akal fikiran yg baru. Mata tak lepas memerhati persekitaran mencari peluang.
Kekuranganku, aku terperangkap dalam duniaku sendiri. Oleh itu, aku telah mencabar diri untuk membuka Child Learning Centre. Satu langkah yg drastik dan tiada perancangan. Child Learning Centre dimulakan dengan seorang peserta sahaja. Kerana aku khuatir tidak mampu memberikan penyampaian yang berkesan. Harinya pun telah kutetapkan Selasa-Rabu-Khamis sahaja bermula jam 10pagi sehingga jam 2ptg sahaja iaitu selama 4 jam sahaja. Sementelah, aku seorang yg sangat sibuk dengan tugasan lain.
Hari pertama: 28 May 2012.
Aku terlewat hadir. Peserta pula hadir lewat dariku. Kami bermula jam 10:30 pagi dengan acara buka hadiah. Menyusun EVA mat. Rancangan hari pertama, aku ingin membina keserasian dan membeli 'jiwa' peserta. Sementelah, peserta ini anak manja ibu dan tidak boleh berpisah dari si ayah. Si kenit berusia 3 tahun ini sememangnya masih tidak pandai bergaul bersama orang luar. Meskipun orang luar itu berpangkat 'Mak Long'. Dan lokasi CLC kami di rumah datuk dan nenek.
Berdasarkan pemerhatian, si kenit ini bijak. Cuma aku kena pandai mencungkil kebijakannya. Dia tidak banyak bercakap. Lebih suka mendengar. Rancanganku, aku akan menyebut setiap perkataan berulang kali dan meminta dia mengulanginya. Kami membina rumah dan kotak. Memberi peluang kepada daya kreativiti agar berkembang. Ternyata si kenit amat meminati item dalam bentuk kad. Flash card yg sedikit itu kuajarkan dengan cara padanan huruf dengan EVA mat. Mungkin tindakan ku masih agak kelam kabut. Namun sekurang2nya aku telah berusaha.
Usai makan tengahari, ku bawa dia solat zohor bersama. Alhamdulillah tampak seronok dia belajar berwuduk dan solat. Tidak mengganggu solat orang lain. Makan tengaharinya pun sopan. Ternyata anak buahku ini telah dididik dengan baik oleh keluarga adik iparku. Syukur. Alhamdulillah. Aku berharap, aku mampu membantu mana yg terdaya.
Aku bukanlah insan yg terbaik untuk mengajar anak orang. Tapi aku sebenarnya belajar dari si kenit bagaimana cara mendidik anak2.
Jemu-Bosan-Letih: tepat 2 jam belajar, itu yg aku rasa. Namun kugagahkan juga semangat.
Bukan senang mengajar anak2 kecil. Ia bukan tugas mudah.
Semoga aku mampu membina empayar baru dalam bidang ini pula.
No comments:
Post a Comment