Wednesday, March 28, 2012

Kegilaan-Ketagihan-Kedemaman

Aku baru saja menamatkan tontonan drama Korea bertajuk You're Beautiful

Tak pernah seumur hidup aku jadi ketagihan tengok drama Korea. Sebelum ni orang sibuk menangis bagai nak rak tonton Winter Sonata la Autumn in My Heart la Full House la. Aku tak faham sebutir pun.

Ketagihan ini bermula dari sejak aku sakit badan. Tak boleh buat apa kat rumah, nak menghadap PC buat kerja pun tak larat. Oleh itu, tonton tv la. Tiba-tiba ada satu siaran di tv 7 ke tv 8 ke bertajuk You're Beautiful. Aku tengok pun dah tinggal 10 saat nak habis. Tak puas hati sbb ending menarik aku cari la kat youtube. Susah nak jumpa gak, aku cari nasihat dari forumer di Forum Cari. Jumpa la beberapa link untuk download atau streaming. Bermula dari carian tersebut, aku ingat nak cari episod yg aku 'ter' tengok tu. Tak jumpa-jumpa lalu bermulalah pencarian aku dengan melayan dari satu episod ke episod yang lain secara putus-putus. Menariknya aku tak boleh berhenti menonton kerana dalam setiap episod ada sahaja klimaks cerita yang membuat aku tak puas hati atau feeling. hahahahhaa... lama betul tak rasa feeling macam ni.

Cerita ni jalan ceritanya ringan, kelakar, mudah difahami. Pelakon yg cute (? not really). I'm not into the actor/actress tapi pembawaan watak masing-masing membuat aku jadi seronok. Bahasa pertuturan sangat cute dan manis bunyinya. Lembut. Aku jadi macam ditimpa perasaan jatuh cinta. Tapi bukan kepada para pelakonnya. Aku jatuh cinta pada setiap watak dalam drama ini. Lagu-lagu yang dimainkan turut membuai rasa.

Seolah-olah aku berada di alam tersebut. Penuh dengan kemanisan. Penuh dengan gelak ketawa yang ringan. Aku tersenyum sendiri sorang-sorang. Aku tergelak sendiri sorang-sorang. Aku menangis sendiri sorang-sorang. Haaaa itulah yang dinamakan aku mula demam-ketagih dan nyaris sewel hehehehhehe....

Yang paling buat aku terkejut, aku menggila mencari info para pelakon. Mula mempelajari bahasa Korea. Mula mencari drama-drama lain yang menjadi kegilaan orang lain.

Aku terbayang-bayang kehidupan sebenar masyarakat Korea. Adakah mereka seperti di dalam drama?

Perasaan yang aku alami ini wujud sewaktu aku di awal usia 20an. Waktu itu aku masih muda remaja dan bertemu dengan ramai rakan kenalan. Meskipun kehidupan agak terbatas dek kekangan kewangan, namun keindahannya membuat aku rasa gembira. Berbanding kini, rakan-rakan mula tiada. Sementelah anak pun tiada. Duduk rumah sorang-sorang. Nak senyum pun takde 'gu'. Nak gaduh kena tunggu hubby balik. Nak makan pun sorang-sorang. hmmmm... drama ini membuat aku jadi sedikit ceria dan ingin meneruskan kehidupan. Bersemangat!


Title: 미남이시네요 / You’re Beautiful
Chinese Title : 原来是美男啊
Also known as: You’re Handsome / A.N.JELL / He’s Beautiful
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16
Broadcast Network: SBS
Broadcast period: 2009-Oct-07 to 2009-Nov-26
Air time: Wednesday & Thursday 21:55

Synopsis

Tae Kyung and On Yu are in search of a new member for their idol group, A.N.JELL. However, Mi Nam suffers an injury at the last moment. So Mi Nyu, his twin sister, is asked to step in for her brother. The rest of the drama follows the behind-the-scenes life of an idol group.

Cast

Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung
- Kang Soo Han as young Tae Kyung
Park Shin Hye Go Mi Nam (Male) / Go Mi Nyu (Female)
Lee Hong Ki as Kang On Yu / Jeremy
Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo
UEE as Yoo He Yi

Extended cast

Bae Geu Rin as Sa Yu Ri (Fan club president)
Kim In Kwon as Ma Hoon Yi (Mi Nam’s manager)
Jung Chan as President Ahn
Choi Soo Eun as Wang Kko Di
Kim Sung Ryung as Mo Hwa Ran
Choi Ran as Choi Mi Ja (Mi Nam & Mi Nyu’s aunt)
Ha Dae Ro as staff
Kim Dong Yun as Dong Joon
Jang Won Young as Mr Kim (photographer, Nara Daily News)
Kim Ho Chang as dancer
Yoo Seung Ho as convenient store customer (cameo, ep9)
Yoon Gi Won as tractor driver (cameo)
Choi Dae Sung as CF director (cameo)
Lee Joo Yeon as Before School member (cameo)
Yoo So Young as Before School member (cameo)

Production Credits

Director: Hong Sung Chang
Screenwriter: Hong Jung Eun & Hong Mi Ran

Awards

2009 koreandrama.org Awards : The Best Korean Drama of 2009
2009 SBS Drama Awards: Netizen Highest Popularity Award (Jang Geun Suk)

No comments:

Post a Comment