sambil wajahnya puas mem'padankan muka' aku
Kan Abah dah cakap, lain kali kalau nak beli kedai kena baca Feng Shui. Kedai tu tak bagus. Takde orang lalu. Pelanggan tak masuk. Kawasan tu hitam. Takde sapa beli pun kat situ. blablablabla....
Ye... itulah bapaku.
Sikapnya sangat menjengkelkan terutama sekali kalau berkaitan apa2 perkara yg aku buat.
Dia suka demotivasikan aku. Dia suka berpandangan negatif. Tidak pernah ada perkara positif yg disebutnya setiap hari. Apa yg aku sering ingat ialah doanya setiap hari "Tak ada duit! Tak ada duit! Tak ada duit!" Oleh itu, sampai ke tua lah dia tak pernah ada duit.
Tapi, bukan aku tak sayang abah aku tu. Cuma aku tak tahan dengan sikapnya suka melekehkan apa saja yg aku buat. Kata2nya buat aku sakit hati dan telinga. Tp tak pernah aku balas apa yg disebutnya.
Masa aku pergi China setiap tahun, dia sering katakan aku keldai dadah dan bertanya kenapa aku sentiasa pergi ke China. Macam banyak duit katanya.
Masa aku beli tanah kat Melaka, dia kata, rugi beli tanah kat sana. Banyak masalah itulah inilah. Setiap waktu dia membebel pasal tanah tu.
Masa aku beli kedai pertamaku, dia kata takde orang masuk. Kawasan hitam dan takde ong. Macamana nak berniaga. Macam2 lagi.
Masa aku buka uptown, dia kata, Feng Shui tak bagus kerana matahari panas memancar terik. Dan macam2 lagilah.
Setiap kata2nya aku telan saja. Namun setelah aku berjaya, barulah aku membalas dengan baik.
Aku katakan padanya, sebab bisnes berjalan lancar maka aku banyak melancong ke luar negara. Dengan adanya bisnes, aku mampu ke DUBAI, ke China, ke Vietnam, ke Bangkok. Dan sebab bisnes baiklah maka aku kini bukan sahaja buat wedding tapi bisnes aku dah berkembang menjadi sebuah bisnes yg ada macam2.
Namun abahku melihat kejayaan dari segi nilai RINGGIT MALAYSIA. Dia tak pernah melihat bahaya kejayaan adalah sesuatu yg bersifat universal. Bagi dia, lagi banyak duit, lagi berjaya.
No comments:
Post a Comment