Sunday, February 5, 2012

New Year - New Me!!!

Tahun 2012 membawa pelbagai perubahan besar dan drastik.

Secara tiba2 kami menamatkan sewaan uptown. Tanpa sebarang rancangan.
Berani kan?
Baru je 6 bulan beroperasi. Baru je nak merasa manisnya ber'uptown'. Customer baru je kenal kami dan nak jadi regulars. Masyuk setiap hari. Tapi kenapa kami berhenti di saat bisnes mulai naik?

Simply said "Alangkan Air Asia tamatkan laluan ke London. MAS tamatkan laluan ke Dubai. Takkan kami yg sebesar semut ni tak boleh buat perkara yg sama kan?"

Sepanjang perjalanan hidupku, aku banyak buat keputusan yg drastik tanpa sebarang perancangan yg teliti. Tanpa kertas kerja dan dokumentasi. Semua hanya mengikut hati dan perkiraan sendiri. Terkadang menang, terkadang kalah. Arghhh... orang yg buat kertas kerja dan memaparkan untung juta-juta di atas kertas pun bukannya betul-betul untung juta-juta kan? Kenapa? Tak percaya? Tak percaya sudahhh... :)

Kematangan hidup ini lebih banyak diwarnai oleh pengalaman dan trial error yg aku buat.
Perancangan mencuba uptown merupakan satu pengalaman hidup yg sangat hebat. Aku terbuka kepada banyak perkara. Kalau dulu sekadar terperuk di rumah dan di butik, aku memiliki dunia ku sendiri. Apabila berada di uptown, aku kenal macam2 perangai orang. Aku sangat menghargai pengalaman itu.

Sebenarnya aku sangat sayang nak tutup uptown. Ye lah kan, kedai ku cantik siap berlantaikan jubin lagi. Mahal tau kos pembukaannya. Dah tu, kami mmg dapat ramai regular customers yg membeli barang dan setiap malam kami boleh senyum jugak la sebab income boleh tahan. Tak kaya lagi tapi lepas lah nak bayar gaji pekerja dan sewa kedai tu. Anyway, what do u expect for a business running in 6 months. Takde apa sangatlah.

What makes me realize that I'm not good in uptown business:
1. Uptown kena buka dari jam 5ptg-2pg (syarat asal 2ptg-2pg). Kalau buka lambat, kena denda, kalau tutup cepat, kena denda.
2. Uptown tak boleh cuti. Kalau nak cuti kena hantar surat. Waima raya ke tak raya ke wajib hantar surat. Kalau takde makluman, saman dikenakan. Well, bagi aku yg jenis tak suka ikut undang2 ni, peraturan macam ni mmg la buat aku suka memberontak. Aku mmg degil dan suka langgar peraturan. Sebab tu aku berhenti kerja dan buat bisnes sendiri.
3. Aku ada dua kedai nak uruskan. Butik perlu sentiasa buka dari seawal 8 pagi hingga selewat 12 tengah malam. Meskipun jangka waktu terpulang kepada aku nak buka dan tutup setiap hari (ia bergantung kpd customer yg datang dan buat appointment), tapi aku rasa ia amat menyusahkan dgn adanya uptown yg aku wajib buka setiap hari dari 5ptg-2pg. PENAT!
4. Pekerja aku cuti setiap hari Isnin. Sedangkan aku terlampau banyak wedding job bermula setiap hari khamis-jumaat-sabtu dan ahad. Oleh itu, aku sering balik lewat sehingga Ahad malam. Jika aku kena buka butik pada Isnin pagi dan bersambung hingga Selasa 2 pagi, mmg aku flat giler tak cukup rehat. Aku tak boleh amik pekerja lain utk uruskan butik sebab buat masa ni aku tak boleh bayar gaji bulanan selain kerja yg tak banyak di butik. Kerja di butik hanya mengemas dan tunggu customer. Tak berbaloi bayar gaji bulanan pekerja rm1000 utk buat benda2 asas tu. Aku boleh bayar gaji pekerja murah dgn menyuruh pekerja di uptown utk buat kerja double iaitu di butik dan uptown pada bila2 masa diperlukan saja.
5. Projek aku banyak yang tergendala. Aku terpaksa batalkan program tahunan ke China, projek2 bulanan ke seluruh Malaysia gara2 adanya uptown ini. Waima projek di puchong sendiri terpaksa aku batalkan kerana kePENATAN melayan uptown. Ini adalah kerana, kalau aku keluar negara, aku terpaksa tutup uptown sbb aku perlukan pekerja aku untuk bekerja di dua tempat dalam satu masa. Mana larat dia nak lari sana sini jaga dua tempat. Dah la perempuan, kecik lak tu. Kalau aku travel ke seluruh Malaysia pula, kalau tak bawa dia, nnt lakiku bising sbb adik dia kan.
6. Ni sebab paling kuat untuk aku tutup uptown: Aku miss solat terawih sepanjang tahun 2011 dan aku sering bangun lewat sehingga meninggalkan Subuh. Aku malu pada Yang Maha Esa. Kerana mencari rezeki tanpa dapat melahirkan syukur padaNya. Meskipun rezeki banyak tetapi, aku malu kerana menjadikan pekerja aku juga lewat Subuh. Aku bersubahat dan aku berdosa! :(

Itu di antara sebab2 yg membuatkan aku akhirnya menamatkan sewaan di uptown. Namun bagiku, ia satu keputusan yg sangat baik juga kerana aku dapat pengganti yg boleh tahan. Tak berani nak mendabik dada mengatakan ia keputusan terbaik kerana bagiku, setiap langkah yg ku atur ada buruk dan baiknya. Aku hanya perlu mencuba dan mengalaminya sendiri. Menang atau kalah, ia bukan masalahku. Ia adalah keuntungan hidup kerana aku berjaya menghadapi kemenangan dan kekalahan dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment