Sunday, February 5, 2012

Kenapa Aku Tidak Bahagia?

Pagi ni aku terbaca catatan wall adik angkat ku di facebook -
**happy nya tgk org bahagia,seronokkn if bahagia**
Pernahkah persoalan ini bermain-main di fikiran?
Tipulah kalau tak pernah.
Akupun sering berfikiran begitu.

Tengok orang lain bahagia je.
Ada kerjaya, ada rumah cantik, ada kereta besar, ada suami/isteri yang kacak/lawa/baik hati/kaya raya, ada anak2 comel dan bijak pandai, ada semuanyalah tak macam aku.

Tu semua adalah bisikan-bisikan yang selalu membuat kita rasa mandom. Stress. Tensi. Cemburu.

Namun tiba satu saat, aku dikejutkan dari pukauan bisikan yang membahayakan itu.

Bahawa bahagia itu sebenarnya milik semua orang. Kita berhak untuk bahagia.

Bagaimana untuk bahagia?
Apakah maksud bahagia bagi kamu? Kamu? dan Kamu?
Benarkah mereka itu lebih bahagia dari Kamu?
Benarkah aku tidak bahagia?

Kalau korang banyak berjalan (kalau tak mampu nak berjalan ke luar negara, cukuplah dalam negara dulu), banyak membaca (bacalah bahan berilmuah juga), InsyaAllah korang akan dibukakan hati dan perasaan isu tentang bahagia ini.
my reply to her post:

kalau nak rasa bahagia, cipta bahagia tu... coz bahagia tak datang bergolek... bahagia is something we choose, not given.... bahagia itu kita yg buat dan pilih... bahagia tidak akan diberi oleh sesiapa... kita x bahagia sebab kita sebut@pilih@mahu@imagine utk tidak bahagia...

No comments:

Post a Comment